Facebook Aku ....

Jumaat, 27 Mac 2009

KFC TAPAU JE.............




Hari ni kami semua rasa nak jalan jalan so aku ikut je lah Kak Nani gie Tesco. Lagi pun Tesco dengan Off aku ni dekat je. kalau aku bawa B/f no 1 aku 3 minit dah boleh sampai tapi kalau aku bawa b/f no 2 aku dalam 4 minit sampailah. hari aku naik B/f nanie .. syok juga sekali sekala tumpang b/f orang kan, so sampai sana kami tapu je kfc yang tak tahanya ada jugak orang yang nak makan sama macam aku ngan Kak Nanie. Apa boleh buat tapau je lah.



Betul betul sibuk kan ... makan pun nak kena kerja jugak ... Apa nak buat !!!!!!!

Khamis, 26 Mac 2009

Boyfriend No. 1


Ni boyfriend aku yang paling handsome!
Nak dapatkan dia ni aku tak tak tidur beb ......
Aku pakai jarang 2 maklumlah ... ala faham-faham je lah.
Aku pakai dia ni tengok musim ..
kalau poket aku penuh aku simpan la
b/f no. 2 aku kat rumah .. bukan apa kasi rehat sikit.


B/f aku ni nak kena mandi selalu kalau tak comot sangat...

Boyfriend No. 2


Ni kalau nak tahu b/f no 2 aku yang selalu ikut aku mana je aku pergi.. aku sangat sayang kat dia.

Tak nak cerita pasal dia banyak-banyak la sebab dia ni memang sempurna untuk aku punya...

Hari Paling Tension

Hari ni hari paling tension kat off ni. tengoklah sampaikan aku cari fail pun tak jumpa. Bukan apa sepatutnya cari fail lain tapi punyalah tension sangat pergi pulak cari fail yang lain. nasib baik boss aku tak nampak. Kalau tak dia pulak cari aku.



Ni kalau nak tahu Bossssssss aku la.. tengok dengan dia sekali sibuk.. yang tak tahannya dia duk sebelah aku je .. nak tak nak aku pun kena rajin kerja sekali dengan dia. yang sebelah tu aku rasa buat-buat ada kerja kot.. Ish... tak mungkin la .. sori aku salah .. kalau nak tahu minggu ni minggu yang nak kena siapkan akaun office tu yang muka tension semua bagai nak rakkk je aku tengok.
Yg ni pula.. Bosss aku yang paling besar.. tengah berbincang mana nak cari duit lg kot...

Muka ni lagi la.. tension semacam je.. masa-masa yg gini aku tak berani pergi dekat.. takuttttt giler nanti tak pasal-pasal lebam biji mata akuAku pun tak pasti apa Kuan ni buat tapi apa yang aku tahu masa ni semua dah jadi macam tiger...jangan la cuba-cuba nak rapat..

Isnin, 16 Mac 2009

KELUARGA TERSAYANG


KELUARGA tersayang....
gambar ni diambil masa raya tahun lepas. Lupa pulak nak cerita kat blog ni .... sorry
Gambar ni kalau nak tahu ambik lebih kurang pukul 1 pagi.. ye lah dah ada kesempatan lagipun adik kesayangan Illa balik so tak mahu lepaskan peluang lg.. pukul berapa pun tak kira lah.. yang syoknya ayah Illa dah tidurpun tapi Illa kejut jugak...
Nanti kalau dah ada peluang Illa ambik gambar sebelah keluarga mertua pulak...
Ok lah ......

Suami


Suami saya complain bila tengok blog Illa katanya gambar dia sikit sangat. so di kesempatan ini Illa kena lah masukkan gambar dia banyak-banyak sikit barulah Illa boleh tengok dia senyum sikit.
Hairol ni, orangnya agresif sikit.. kawan ramai.. kalau dah jumpa tu tak balik rumah pun tak pa. sekarang ni dia aktif main golf.. katanya nak menceburi sukan baru pulak..
yang paling tak tahan kalau tengok bola tak tidur 2 3 hari pun tak apa. Pasukan yang paling digemarinya sekarang ni pastinya Liverpool. samalah Illa pun minat jugak..

Selasa, 10 Mac 2009

Office





Kali ni Illa nak bercerita pasal budak-budak office Illa. yang sebelah ni tentunya Illa la. Tak ada apa nak cerita pasal illa.. kat Office ni Illa buat kerja rojak je semua yang rasa boleh dibuat semua bantai buat.. kalau kerja yang susah sekalipun kalau kita boleh buat mesti kena buat semua. tapi gaji tak ada tambah-tambah pun.. tu yang hairan .. tapi nak buat macam mana kan kita ni kuli je...




Yang ni pulak orang kuat office kami.. kalau dah baca blog illa yang lepas tentu dah tahu tapi nak cerita lah sikit... namanya Rosnani Bin Mohamad jaga bahagian akaun off. Orangnya agak agresif la jugak tapi ok la.

bagi Illa kak nani macam bodyguard Illa .. kalau Illa ada kerja luar dia mesti kena ikut. Kak Nanie pun macam Illa juga semua kerja buat kat office ni .....




Yang ni pulak namanya Miss Kuan ..

Dia jaga bahagian akaun kat office ni ... orangnya hebat jugak semua kerja pun boleh buat.. kalau kontrak cuci mencuci off ni dia lah yang pegang...






Yang ni pulak Ah Pei. Dia baru je kerja kat office ni.. kerja sementara je katanya nak cari experience nanti 2 3 bulan lagi dia nak sambung belajar.. setakat ni dia cuma bantu kami semua buat kerja ..

so far dia kerja ok tapi tu lah Ah Pei kena belajar lebih kuat lagi .. baru boleh jadi macam kami ni .. pekerja contah .. 2008

Nanti kalau Illa ada masa lg Illa nak cerita pasal bos-bos pulak k.....

Jumaat, 6 Mac 2009

Jalan-Jalan KL

Kalau tengok kat atas ni gambar sebahagian daripada keluarga suami Illla. Gambar ni masa diaorang datang KL last year. Illa bawa mereka naik LRT.... ronda KL.

Ye la kan musim cuti sekolah mestilah nak jalan-jalankan... so Illa bawalah diaorang jalan kat zoo, Putrajaya, Jalan-jalan KL.
Tapi sayang tak sempat bawa ke tempat yang lg istimewa sebab masing-masing kerjakan.
Nanti datang lain kali bolehlah bawa pergi tengok tempat - tempat yang lg menarik k.......

Khamis, 5 Mac 2009

Kerjaaaaaaaaaaaaaa!




Semalam Illa went to Kastam Di Raja Malaysia kat Kelana Jaya..



ada kerja sikit tapi nak bg tahu tu la kali pertama menjejakkan kaki kat situ...




tapi tu la pekerja kastam ni semuanya kemas-kemas belaka, segak, bg yang perempuan semuanya lawa 2..kalau la Illa pun dapat kerja dengan Kastam agaknya Illa pun dalam ketegori lawa jugak kot...









Sebelum tu Illa dan seorang rakan lagi pergi ke pejabat kerajaan jalan Duta.. nasib baiklah Illa balik awal sikit kalau tak gerenti terperangkap dalam hujan lebih dah la banjir kilat...




Kalau nak tahu yang sebelah tu la kawan baik Illa namanya Kak Nanie ... Dia lah yang selalu bawa Illa kesitu kesini.. pendek kata dia ibarat GPS.

Yang syoknya dia merangkap bodyguard Illa .. Kalau orang buat tak betul sikit dia takkan teragak-agak bagi penumbuk.. ganasnya! So Illa sentiasa rasa selamat bila berjalan dengan Kak Nanie. Cheeeeeee Wah!

Dikesempatan ini, Illa nak ambik kesempatan mengucapkan berbanyak penghargaan buat Kak Nanie. Nanti Illa hantar sebagai senarai calon untuk award bodyguard of the year.

kalau menang, jangan luper share hadiah......



Selasa, 3 Mac 2009

Kerja Akuuuuu.....

Macam orang lain jugak Illa pun kena kerja.. ala kerja biasa saja..

kalau tak kerja susah duduk kat KL ni..................

Illa kerja kat Ampang ... dekat je lah dengan tempat tinggal tapi tu lah kalau KL tetap KL jugak. Walaupun dekat tapi macam jauh sangat.

Illa bekerja dengan syarikat swasta. Dah dekat 8 tahun Illa kerja dengan tempat ni.. lepas je grad terus kerja kat sini. dah tahu sangat macam mana perangai bosssssssss......

Ala kerja kerani biasa je. Walaubagaimana pun liku-liku dan cabaran sentiasa ada. Tambahan pulak syarikat swasta kalau kita tak kerja kuat .. company pun out la.

Yang Paling seronok kerja ni.. bila kita dapat tugas yang tak pernah kita buat. Tak dinafikan Illa kerja dengan company ni sangatlah mencabar. hampir setiap hari Illa kena buat kerja yang baru.. yang tak tahannya Illa kena buat kerja yang tak pernah di buat.

Kalau kat offis ni Illa selalu kena buat kerja luar. Nak kata penat tu biasa la.. tapi yang paling Illa tak suka suka kena bawa kereta. Memang Penat Giler !!!!!!!

Gaji bolehlah!!!
Cukup-cukup makan
kalau tak cukup rasanya dah tak hidup sampai hari ni......

Pernah jugak apply kerja kerajaan tapi tu lah tak ada rezeki Illa.

Cerita pasal kerja kerajaan.. Illa sememangnya selalu berhubung dengan orang kerajaan tapi ala sekali sekala bila kita buat pertanyaan alahai sombongnya..

Kadang-kadang tu show off lebih .. tak perlulah nak eksyen kita semua kerja makan gaji je dik oiiiiiiiiiiiii.

Illa sentiasa berpegang pada satu petua hormat menghormati adalah ubat yang paling berguna dalam pekerjaan.. nanti orang pun hormat kita..

Adik Tersayang .....


Masih lagi dengan catatan keluarga Illa ... yang ni pulak adik lelaki kesayangan Illa. walaupun kami jauh tapi kami rapat sangat .. kat sebelah tu bakal adik ipar Illa.
Alhamdulillah bulan February yang lepas dia telah memeluk Islam.. Kak Ngah doakan semoga bahagia keakhir hayat..
Abang Chik kena ingat kena jaga dia sebaik yang mungkin walaupun terpaksa berkorban nyawa...
Illa ila ni jauh daripada kami.. kat Sarawak berbakti demi negara Malaysia tercinta......
Walaupun jauh tapi dekat di hati kami semua.

Isnin, 2 Mac 2009

Anak Saudara tersayang


Comelkan anak-anak saudara Illa ni.. Bila balik kampung merekalah penyeri hati Illa....
kalau nak tahu ini adalah abang Illa yang paling sulung nak hanya dia je lah abang yang illa ada...
Kak Ma adalah kakak ipar Illa yang paling sporting di dunia ni..
dia adalah insan yang paling setia menemani abang Illa dikala susah dan senang...
Anak-anak kecil yang paling comel disebelah tu Acah dan Iina... merupakan peneman setia datuk dan neneknya .................
Cik Ngah doakan semoga keluarga sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat.....

Ayah, Mek & Adik Ma


Bagi yang dah kenal dengan Illa tentu sudah ketahui yang gambar disebelah ini adalah kedua orang tua Illa yang banyak berjasa kepada Illa.
samapai mati pun jasa kamu berdua takkan dapat dibalas....
yang lg satu sebelah Mek dan ayah tu la Adik kesayangan Illa ..
Adik yang paling bongsu.. sekarang masih belajar.. tahun ni nak ambik PMR... belajar la rajin-rajin jadi macam kak ngah, abang nik dan abang chik.. ye la walaupun tak beberapa pandai tapi ada la merasa nikmat belajar kat Universiti...
kedua orang tua Illa adalah peneroka... sekarang ni dah tak ada buat kerja lg.. terima kasih Felda kena memberi peluang kepada kedua orang tua ku menyertai skim ini dulu...
dikesempatan blog ini kak ngan nak ucapkan berbanyak terima kasih membesarkan kami semua dengan penuh kasih sayang.. hanya Allah saja yang mampu membalas jasa-jasa mek dan ayah...